Sunday, February 27, 2011

hari ke-3 di Chenderoh

     Sambungan dari aktiviti survival...pada pagi itu pukul berapa aku pun x pasti...sebab kami x dibenarkan membawa jam ketika survival...tengah duduk2 ngan group aku...terasa lapar pulak perut...kami pun cadang untuk memasak makanan yg dibekalkan...kami masak nasi dalam mass tin...lepas nasi rebus telur pulak...tu la hidangan kami semasa survival...da makan sikit...terpikir pulak yg kami dbekalkan tepung untuk survival...apa yg nak wat ngan tepung nie...nasib baik la ahli kumpulan aku, Tina beri idea supaya tepung itu dimasak dengan menggunakan kayu...masa nie baru aku ingat yang aku dah pernah msak macam tu masa kem sekolah dulu...kami pun ambil kayu dan buang selaput kayu tu dan tinggalkan bahagian dalam kayu yg bersih sahaja...
  
     Kemudian letakkan tepung yang telah digaul dengan air...nak lagi sedap tambah la garam atau gula...bagi ada perasa sikit...dah letak tepung kat kayu tu...salaikan dye kat unggun api...agak2 da masak tepung tu kami pun makan la...masa tu aku makan ngan nasi dan telur rebus...sedap gak la...sebab dah laparkan...sume benda sedap...hehee...masa nie baru tau mkan makanan yang simple2...klau x tu...asyik makan sedap jew...ayam Barra la, nasi hakim la...haa skarang makan nsi, tlor rebus ngan tepung salai buatan sendiri...hihii...selesai makan..kami bergilir-gilir menjaga unggun api....sampai la langit da terang...

      Dalam tengah hari kot...dua orang fasi datang ke camp site aku...dyeorg bgtau yang aktiviti survival kteorang dah selesai dan meminta kami kemas kan tempat tersebut...dye nak bersih macam kami mula2 bru sampai...lepas semua selesai...kami mengikut fasi dan berkumpul bersama group lain...kami diberi breafing utk aktiviti seterusnya...orienteering...haa...aktiviti orienteering pulak...best gak aktiviti ni...mula2 kami diminta membuat trek atau laluan utk orienteering...kemudian tukar laluan tersebut dengan gunung lain...masa wat trek tu gunung aku tak mempunyai sebarang masalah...tapi masa cari trek gunung lain tu group aku ada masalah cikit...kami dan fasi pengiring iaitu en.badang x dapat carik laluan yg sebenar...agaknya laluan yg gunung lain  bagi tu salah...lepas tu kami berkumpul dan balik kew tapak perkhemahan...

      Sampai di tapak perkhemahan...kami bersihkan badan dan makan bubur nasi yg telah disediakan...pada malam hari...lepas solat dan makan malam...aktiviti rutin dijalankan iaitu postmortem...kami diminta menceritakan pengalaman atau aktiviti yang dijalankan pada siang hari...lama juga aktiviti postmortem nie...smpai tgah mlam jugalah...lepas tu kami tidur dan menunggu hari seterusnya tiba...

hari ke-2 di Chenderoh

      Pada pagi itu kami bangun seawal 5 pagi...aku suka dengan cuaca pagi di Chenderoh...sejuk dan nyaman jew rasa...teringat pulak suasana kampung aku di Kuala Pilah...pada pagi itu kami menunaikan solat subuh dan aktiviti  Malaysia cergas di kawasan lapang berhampiran khemah penempatan...untuk pengetahuan korang aktiviti Malaysia cergas ini adalah aktiviti senam yang akan dijalankan pada setiap pagi sepanjang perkhemahan...ye la...pagi2 kan masa yang sesuai untuk kita bersenam...pagi itu kami bersenam dengan gembiranya...

      Selepas bersenam kami berkumpul dalam kumplan untuk aktiviti ice breaking pula...mase tu setiap gunung dikehendaki melakukan "cheers" masing2...kumpulan aku iaitu GUNUNG SIKU melakukan hakka siku yang boleh dikatakan gempak juga la...belum sempat tengok cheers dari semua kumpulan, kumpulan aku dan gunung Belatok dipanggil fasi ke dapur...aku pelik gak kenapa kami dipanggil ke dapur...rupa2 nya hari 2 giliran gunung aku ngan gunung Belatok untuk memasak makanan tgah hari...sebelom memasak kami diberi sedikit breafing tentang tugas2 yg perlu dilakukan di dapur...

      Menu yang perlu kami masak pada hari tersebut ialah ayam merah, sayur goreng dan buah tembikan sebagai pencuci mulut...masa aktiviti memasak tu aku rasa seronok juga...tambah2 lagi bile makanan yg kite masak tu sedap dan nasi dye menjadi...hehee...masa masak tu bende yang aku paling risau bile nasi yg kite masak tu x jd..lembik la, nasi tengit la...tp nsib baik la team aku punya nasi menjadi...lepas masak kami sajikan makanan kami untuk peserta lain...pada petangnya kami berkumpul untuk breafing survival...masa breafing tu aku tengok langit dah mendung semacam je...parah gak kalau hujan...susah nak jalan kan aktiviti survival nanti...semasa survival, kami cuma dibekalkan 3 batang mancis, sebilah parang, fly sheet, mass tin, mkanan sperti beras, gula, garam, tepung, tea, dan dua botol air...dalam pukul 5 lebih kami bertolak ke tapak survival dengan menaiki bot...

       Baru bertolak hujan pulak turun...parah juga nie...macam mana nak cari kayu kering tok wat unggun api nanti...sampai jew kat pulau suevival...kami diberi sedikit daun2 kering untuk dijadikan bahan bakar...aku yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga bahan tersebut terpaksa melindung bahan berkenaan dengan jaket yang aku pakai..klau x lindung dah tentu bahan 2 akan basah...kami diberi pandu arah oleh fasi ke tapak survival kami...sepanjang perjalanan...aku dan ahli kumpulan aku mengutip kayu2 api yang ad pada laluan yang kami lalu...tiba jew di tapak kem...kami terus bahagikan tugas...ada yang pasang fly sheet tuk buat khemah...ada yang cari kayu...ada yang cari alas untuk tidur pada malam nanti...disebabkan kami sampai agak lewat...hari pun da nak gelap...kami x sempat kumpulkan banyak kayu tuk unggun api...lepas semua kerja selesai...kami menghidupkan unggun api...dengan menggunakan 2 batang mancis sahaja unggun kami berjaya dihidupkan...bersyukur sangat masa tu...sepanjang hari itu kami duduk dihadapan unggun api sehingga la pagi keesokan harinya...


Aktiviti pertama di Chenderoh..=)

hari pertama di Chenderoh






29 januari 2011...tarikh ini lah buat kali pertamanya kami menjejakkan kaki ke tapak perkhemahan, Tasik Chenderoh, Perak... kami bertolak ke destinasi dalam pkul 9 pagi...sepanjang perjalanan aku lena dibuai mimpi...sedar2 aku dah sampai r&r mane tah untuk berehat dan makan2...aku yang yang tengah mamai masa tu mule2 x nak turun bas...tapi disebabkan semua kawan2 aku dah turun aku ikot je la dieorang...lapas selesai makan di r&r...kami meneruskan perjalanan ke tasik Chenderoh...baru bebrapa minit bertolak aku tertido lg...x tau la sebab ape rase nak tidur je dalam bas tu...letih sangat agaknya la...sebab malam sebelom 2 aku x cukup tido...pada petang nya...kami sampai ke destinasi...pada mulanya aku ingatkan tapak perkhemahan kami ini dekat ngan jalan besar jew...sebab bas berhenti btol2 tepi jalan...rupa2 nya tidak...tempat 2 jauh ke dalam...nasib baik la pada masa 2 ada 4 wheel drive nak msuk ke tapak perkhemahan...x payah la aku penat2 berjalan ke tapak kem...sampai tapak kem...aku dan kawan lain tolong turun kan barang2 dari lori...banyak gak barang masa 2...tapi nasib baik la kami ramai...senang la kerja kalau wat ramai2 nie kan...selesai kerja...kami terpaksa menunggu peserta2 lain sampai ke tapak kem...masa nie kesian gak aku tengok muka diorang...semua muka keletihan...mana x nya...diorang terpaksa berjalan jauh dengan memikul barang2 dieorang 2...barang kot sikit x pe gak...nie banyak da macam nak pindah rumah dah aku tengok...heee...selepas semua peserta sampai ke tapak kem...kami berkumpul mengikut group...pada masa nie semua group atau gunung diberikan tugas...ada yang kena dirikan khemah, basuh tandas, kemas khemah dapur dan macam2 lagi la...gunung aku masa 2 diberi tugas untuk mendirikan khemah...tengah syok2 dirikan khemah hujan plak turun...2 la dugaan kami pada hari pertama...nak tak nak kena gak mandi hujan untuk siap kan khemah...kalau tak nak tidur macam mana malam nanti kan...erm...selepas semua kerja selesai...kami bersiap untuk solat berjemaah di khemah pusat...kami bersiap ala kadar sahaja pada masa itu kerana kami tidak dibenarkan mandi...lepas solat...kami diberkan makan malam...setiap kumpulan diberi 2 dulang makanan dan perlu berkongsi makanan tersebut...masa makan dalam dulang tu aku tak de la kekok sangat...sebab aku pernah makan macam tu masa join tablik kat surau taman aku dulu...hehee...itu sahaja aktiviti menarik pada hari pertama...ikuti cerita aku pada hari ke-2 di chenderoh...wsalam...


                                                 
                                 peserta di khemah A shape

                                                                                     
                                                                                       khemah A shape untuk peserta lelaki

Tuesday, February 22, 2011

28 januari

Assalamualaikum...tentu anda tertanya-tanya knapa tajuk post nie '28 januari'...apa pulak yang aku buat pada tarikh ini...haa...nie lah yang ak nak ceritakan...sebenarnya tarikh nie la bermulanya kem outdoor recreation aku...sbelom tu aku nak cerita serba sedikit tentang kem aku nie... kem aku berlangsung pada 28 januari hingga 5 februari...bertempat di Tasik Chenderoh, Perak...kem aku pada kali ini agak special cikit...sebab menggabungkan kem amali perkhemahan asas dan amali perkhemahan akhir dalam satu kem...berbanding senior aku pd sem2 lepas...dieorang kena pergi 2 kem...kem nie disertai oleh pelajar-pelajar dari SHAH ALAM, JENGKA, SHAHPUTRA dan INSTEDT...jumlah semua peserta kem ini kalau x silap aku seramai 225 peserta...ok cukup pasal info kem...aku nak ceritakan apa yang aku wat pada tarikh nie...pada pukul 3 petang aku dan member2 dari kampus shah alam berkumpul di kolej kenanga...pada masa itu peserta2 dari kampus lain masih belum sampai...lepas berkumpul kami melakukan kerja2 yang masih belom selesai..kami mengangkat kayak, segala peralatan yang hendak dibawa ke chenderoh masuk ke dalam lori...sampai lewat petang jugak lah kami wat kerja 2...selesai kerja, kami g bersiap untuk majlis perasmian pada malam hari nya...                    













                                                                                                                                                                                                                          


pada malam nya...kami semua berkumpul di dataran kolej kenanga untuk majlis perasmian...majlis pada malam itu dirasmikan oleh dekan fakulti sains sukan dan rekreasi, Prof. Madya Dr. Mohd Hanafiah Abidin...selesai majlis...semua peserta diarahkan berkumpul mengikut kumpulan yang ditetapkan...aku, azam, beng, syazwan, anas, wan, epy,wani, tina dan aimi bersatu dalam satu kumpulan yang diberi nama "Gunung Siku".  pada malam itu kami berkenalan antara satu sama lain...tak susah nak berkenalan ngan group aku nie...sebab semuanya sporting...biasalah bdak sport rek kn...lepas berkenalan...kami semua dibenarkan tidur...haa...nak dijadikan cerita, malam 2 hujan plak...jadi peserta lelaki yg sepatotnya tidur di dataran kenanga terpaksa tidur bersepah di kaki 5 pjabat kolej...sekian...



               
               ucapan daripada dekan fakulti sains sukan dan rekreasi

Thursday, February 17, 2011

about kayak...

                      Brief History
  • As transportation for eskimo(Inuit)
  • Father of kayak (John MacGregor)
  • 1865- MacGregor invented kayak, "Rob Roy"
  • 1866- first club established in Twickebham, England.
  • 1936- kayak finally being introduced in Olympic, Berlin.
  • Early 60's, many types of skill were introduced such as kayak polo, surfing and rodeo.
                                                           
                     Types of kayak
                    *  Ottersport (U)
                    *  Slalom (O)
                    *  Mandesta (V)

          Comparison: While Water Kayak and Sea Kayak.





anatomy of Kayak & paddle


paddle



       Shapes of paddle
  • feathered
  • unfeathered
  • asymmetric
  • square-ended
  • wing
  • spooned
  • dihedral


Types of paddling
  • Forward Paddling
  • Backward Paddling
  • Sweep paddling

 KAYAKING SAFETY TIPS
  • Never boat alone (at least 3 boats)
  • know how to swim
  • know your ability
  • wear your life jackets
  • wear your appropriate clothing
  • know the river
  • Always kneel. Kneeling lowers the centre of gravity
  • learn and practice proper techniques under complete supervision

Wednesday, February 16, 2011

berkayak di tasik Shah Alam

assalamualaikum... hari ini aku nak ceritakan tentang aktiviti kayak aku ngan dak2 sr di tasik shah alam...aktiviti ini dijalankan pada 26 januari...beberapa hari sebelum berangkat ke tasik chenderoh...pada pagi itu aku dan rkan2 pergi ke stor terlebih dahulu  untuk mengangkat kayak dan paddle masuk ke lori...banyak juga kayak yang nak kena angkat...nasib baik la dak2 laki sr nie nak bekerjasama...jadi senang la sikit kerja tu kalau wat sama2...selesai jew angkat kayak...kami semua terus bertolak ke tasik shah alam...lebih kurang lima mnit...kami tiba ke destinasi...di tasik, kami diberi sedikit taklimat oleh en.Syam...kami diberi tunjuk ajar tentang cara2 berkayak, cara2 memegang paddle dan banyak lagi yang berkaitan dengan kayak...selesai taklimat...aku dan rakan2 menyiapkan peralatan dan bersiap sedia untuk turun ke tasik... exited jugak aku nak turun ke tasik...maklum la, first time la katekan...berbekalkan kayak sit on top colour biru x slap ak, ak dan rakan ak, nazrul berkayak di tasik berkenaan...mula2 tu kelam kabut juga la...rasa macam x seimbang je kayak aku 2...tapi lama kelamaan kami pandai juga mengawal kayak tersebut....ermmm...tak sangka betul...best juga kayak nie...rasa tenang je bile bawak kayak 2...dapat pulak partner yang 'ngam'...memang best la...kat tasik 2 kami bukan jew berkayak begitu saja...malah kami turut 'capesize'...atau kte nama lain terbalik kan kayak...hehe...masa nie ak ngan nazrul boleh kata da ad kefahaman la...tak menghadapi masalah yang besar untuk terbalik kan kayak dan naik semula...ceh...hee...lepas tu kami diarah berkumpul dengan merapatkan kayak masing2 dan buat satu line...time nie aku ingat dieorang nk berlumbe...tapi rupa2 nya nk berkumpul dan dengar taklimat dari en. baom...mase nie baru aku tahu science of kayak 2 apa bende...macam mana orang buat simbol menggunakan paddle...rafting, emergency, balik ke pengkalan, berhenti dan banyak lagi la....selesai taklimat dari en. Baom, kami diberi masa untuk berkayak buat kali terakhir sebelum balik...masa ni la aku ngan nazrul lenjan kayak tu puas2...aku tengok budak2 nie semua kayak dekat2 tu jew...tapi ak ngan nazrul g pusing satu pulau kecik kat tasik tu...baru puas...hehee...lepas 2 kami naik ke tebing tasik dan siap2 untuk pulang....
itulah pengalaman ak berkayak di tasik shah Alam...memang seronok...nanti aku ceritakan pulak macam mana aku berkayak di tasik Chenderoh...ok...see u again...byee.....