Sunday, April 24, 2011

sCoRE OriENtEEriNG







             assalamualaikum...hai semua...apa khabar? kali ini aku nak ceritakan tentang aktiviti terakhir kelas outdoor kami iaitu score orienteering...jika sebelum ini aku dan rakan2 melakukan orienteering di sekitar fakulti sport rek sahaja...kali ini berbeza sikit kerana orienteering kami dilakukan di sekitar UiTM s.alam secara individu...peh...dengar je aktiviti ini dibuat seluruh UiTM aku risau gak la pasal larat kew aku nak berlari seluruh UiTM nie? ad ke stamina aku? untuk pengetahuan semua aktiviti ini tidak membenarkan peserta menggunakan kenderaan...sama ada motor, basikal mahupun bas...jadi kami semua dikehendaki berjalan kaki ataupun berlari dari satu tempat ke satu tempat yang lain...

             Pagi itu kami berkumpul di kedai makan bersebelahan pool...kami diberi sadikit breafing oleh lecturer kami, en,Hisyam...beliau menerangkan tentang perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang dilarang sepanjang aktiviti ini...kemudian kami diberi orienteering card setiap seorang dan diberi no. perserta untuk berlepas...masa ini aku dapat no.12...bermakna aku peserta yang ke-12 yg akan berlepas...setelah semua selesai...seorang demi seorang peserta dilepaskan...

           Tunggu punya tunggu tiba lah giliran aku untuk melakukan aktiviti ini...aku bermula dengan agak slow sebab tak berapa faham dengan peta dan masih blur dengan destinasi yg dituju...tapi lama kelamaan aku dah atasi kelemahan itu dan mengatur strategi untuk aktiviti ini...destinasi pertama yang aku pergi ialah check point 7 yg terletak di pusat islam...seterusnya dewan Annex(cp9) dan monument(cp8)...masa kat manoment nie perjalanan aku tergendala sebab kat tempat tu ada event...jadi ada ramai la orang kat kwasan tu...tengah aku nak punch orienteering kad aku tiba2 ada pulak awek tegur aku...ingatkan nak berkenalan kew ap...rpe2 nye nk mintak tolong aku ambilkan gambar dye dgan kawan2 dye...erm...nak tak nak aku tolong gak la...sebelum aku bla awek tadi ucapkan terima kasih dan bagi kata2 semangat kat aku...ermm...bersemangat aku nak teruskan perjalanan...hehee...lepas da selesai aku pun teruskan misi aku ke check point seterusnya...

           Aku menuju ke tangki air(cp1), fakulti sains sukan dan rekreasi(cp2), vechicle washing area(cp3), pusat kesihatan(cp4), pusat sukan(cp6) dan check point terakhir yang aku pergi ialah stadium sebelum kembali ke tempat permulaan...tiba di tempat permulaan aku terus bagi orienteering card aku kat akak senior...masa aku diambil dan akak tersebut mengira markah aku...sementara menuggu kawan2 aku yang masih belum sampai...aku duduk berehat menanangkan nafas aku yg x keruan...erm...letih gile aku time nie...
tak lama kemudian semua peserta selamat tiba...kami semua berkumpul dan masa yg ditunggu-tunggu telah tiba...siapakah juara bagi pertandingan ini...jeng jeng jeng....hehee...en hisyam mengumumkan seorang peserta perempun dan 9 orang peserta lelaki telah mendapat markah penuh...erm...tahniah semua... makah aku 180/180...checkpoint 9/9dan masa 1 jam 1 minit...dapat no 2 keseluruhan...



         aduh...sedar tak sedar inilah aktiviti terakhir kami dalam kelas outdoor...banyak kenangan pahit dan manis kami sepanjang kelas ini...dan banyak juga aktiviti2 baru yang aku lakukan sepanjang kelas ini...daripada abseiling, kayaking, low rope course dan banyak lgi...terima kasih  en.HISYAM kerana telah banyak mengajar kami...doakan kejayaan kami untuk final exam yang akan datang...=)

Thursday, April 21, 2011

knoTtINg tEST & MenaGemeNT gaMe

        assalamualaikum...pejam celik pejam celik tibalah minggu2 terakhir pengajian ak di semester 2...so, masa nie macam2 test yang akan aku tempuhi...post kali ini aku nak ceritakan tentang test knotting tok subjek outdoor dan aktiviti aku dan rakan sekuliah lakukan selepas test tersebut...test ini dilakukan di dataran kolej kenanga...tepat jam 8.30pg kami berkumpul di lokasi berkenaan...kami diberi sedikit breafing oleh abang2 senior fsr...selepas breafing, kami diasingkan mengikut kumpulan low rope course...ahli group aku x asing lagi iaitu abbas, arrif, ieja dan raudhah...kami semua akan melakukan knotting test dalam kumpulan tersebut...pada ketika ini en.Ridzwan telah memilih kumpulan kami untuk menjalankan test...kumpulan kami diasingkan dengan kumpulan kami...sebelum test dijalankan, kami diberi sedikit masa untuk melakukan per siapan terakhir...kemudian, satu persatu ikatan disebut oleh en.Ridzwan untuk kami sempurnakan dengan masa yang ditetapkan...dari reef knot, butterfly knot, figure of 8 dan seterusnya...ada la dalam 8 ke 9 ikatan...masa test nie nsib bek la aku dapat buat semua ikatan dengan btul...x sia2 la aku berlatih 'mengikat'sebelum test knotting nie...pasal markah...aku x tau la dapat full mark kew x...harap2 dapat la kan...hehee...lepas test...kami dikehendaki melakukan management game...haa...nak tau management game ape yang kiteorang wat..?

knotting test...=)

         'blind walk' itu lah nama game yang group aku buat...game nie adalah cadangan dari ahli kumpulan aku, abbas yang pernah melakukan game tersebut ketika menyertai program luar...aku dan ahli kumpulan lain bersetuju dengan cadangan tersebut dan melakukan 'demo' dihadapan kumpulan lain...kami menunjukkan cara2 untuk main game ini dan menerangkan motif serta kebaikan management game kami...lepas selesai..kami menonton management game yg dibuat oleh kumpulan lain pula...hehee...masa nie macam2 gelagat aku tengok...ad yg klakar...ad yg serious...tp yg pling penting kami semua enjoy...=)

Wednesday, April 13, 2011

_lOW RopE PIcTuRE_

bersedia untuk melakukan 'multi vine'




haa..masuk kaki tu betul2




criss cross yang agak mencabar




'chicken walk'
ada gaya ayam tak?hehe..



'high postman walk'



haa...menggigil buat forward tension traverse



(hot-hot) leopart crawl memang terbaik

LOW roPe coUrSE

         assalamualaikum... hri yg ditunggu-tunggu telah tiba.. aktiviti outdoor aku yang seterusnya ialah low rope course...pada jam 8.15pg...aku bertolak dari kolej kediaman ke lokasi aktiviti yg bertempat di belakang pool UiTM...setibanya aku disana, aku dan ahli kumpulan berkumpul di lokasi aktiviti dan wat lay out barang...ahli kumpulan aku untuk aktiviti kali ini ialah aku, abbas, ariff, ieja, dan raudhah...sebelum hari aktiviti ini dijalankan... aku dan ahli kumpulan aku dah berbincang aktiviti ap yg nk dilakukan, barang ap yang nk kena pakai dan pinjam, lokasi aktiviti, keselamatan dan banyak lagilah...jadi pd pg ini senang sikit la kerja kami sebab dah prepare awal2...

         Untuk pengetahuan semua, kumpulan kami telah memilih untuk membuat low rope course yg diberi nama foot loop...jadi alat2 yang diperlukan untuk aktiviti ini ialah rope, glove, helmet dan juga guni...pagi tu en.hisyam memberi sedikit breafing sebelum memulakan aktiviti...selesai breafing...kami semua memulakan tugas masing2...ak dan ahli kumpulan aku memulakan misi menyiapkan 'foot loop' kami...tapi kami mengalami masalah sedikit kerana kekurangan tangga...kami hanya pinjam satu tanga untuk digunakan oleh 7 kumplan...nak tak nak kena la gilir2 guna tangga tu...

          Selepas 1 jam 30 minit lebih, semua kumpulan telah pun menyiapkan tugasan masing2...dah siap semua nie barulah aku nampak aktiviti2 apa yg kumpulan lain buat...ad yg buat multi vine, chicken walk, high postman walk, criss cross, forward tension traverse dan leopard crawl...haa...lepas nie tibalah masanya untuk kami semua try semua aktiviti ini...tapi sebelum tu...macam biasa lah kami membaca doa terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti...

          Seorang demi seorang melakukan aktiviti ini...ahli kumpulan aku bermula dengan raudhah, ieja, abbas, arif dan berakhir dengan aku...fuhh...aktiviti ini nampak je senang...tapi hakikatnya payah gak la...perlu ketahanan mental dan fizikal...aktiviti yang paling susah bagi aku ialah forward tension traverse...menggigil-gigil aku wat aktiviti nie...tp nasib bek x jatuh... masa melakukan aktiviti ni ada juga kawan aku yang terjatuh dan cedera...nasib baik la mereka cuma cedera ringan je...ermm...keseluruhannya aktiviti ini memang menyeronokkan...jika sebelum ini aku hanya tengok aktiviti low rope ini dijalankan oleh bomba, sekarang aku sendiri yang buat dan main aktiviti ini... memang syok...sekian...

Sunday, April 3, 2011

TeoRY LoW ROpe CouRse

            assalamualaikum...aktiviti yang seterusnya ialah Low rope course... macam biasa...sebelum melakukan aktiviti, kami dikehendaki masuk kelas teori terlebih dahulu... kelas teori pada kali ini bertempat di fisio lab...jam 8.30 pagi...pada pagi itu aku dan rakan2 masuk ke lab seperti biasa...datang awal...tapi ada gak segelintir pelajar yg datang lambat...nsib baik en.Hisham x kunci pintu...pagi tu en.Hisyam mengajar kami mengenai low rope course...difinisi aktiviti ini, description of activity, low rope course elements dan banyak lagi...
Inilah antara element-element low rope course:

                                                                     swinging tyres...


balance beam


 Criss cross


Multi vine


 Burma Bridge


foot loop




       Dah masuk kelas teori nie baru la aku tau ap itu aktiviti low rope course...slame nie aku tau nama jew...ap aktiviti die aku x tau...yg aku tau aktiviti ini guna tali...sebab low 'ROPE' kan...habis kelas...en Hisyam suruh kami wat kumpulan tuk wat praktikal low rope course ini...satu kumplan 5 orang...nak tau sape ahli kumpulan aku?? aktiviti ap kumplan ak wat? haa...nt aku ceritakan mcm mne aku wat aktiviti low rope course nie...

Saturday, April 2, 2011

GaMBar AbseILinG





_bersiap sedia untuk turun_


_lay out barang_


tgok tu cara ikatan tali yg sebenar..


_En. Hisyam memberi tunjuk ajar_




beratur tunggu giliran ea...


zul



_aku berabseiling_



_australian style_

Sunday, March 27, 2011

BERabSeiLInG PUla..=)





       Assalamualaikum...bertemu kembali...setelah 3 minggu kelas outdoor berehat...kini telah tiba masanya untuk meneruskan kelas seperti biasa...aktiviti pada kali ini ialah ABSEILING..pada 9 mac, aku dan rakan2 kelas D2C2 berkumpul di lokasi abseiling...pada mulanya kami dijadualkan untuk wat abseiling di belakang pool...tapi tah macam mana lokasi aktiviti ditukar ke menara kejuruteraan...masa dengar berita tukar tempat abseiling nie perasaan aku bercampur baur...seronok ad, takot pun ad...yang seronoknya sebab tempat baru nie lagi menarik dan mencabar...dan yang takotnya sebab aku akan turun dari tingkat 11 menara...hurmm...tkot gak la...mne x nya, aku nie kre gayat gak la ble ad kt tempat2 tinggi nie...pada pagi tu aku dan rakan2 bertolak ke menara...sampai di menara, kami semua terus berkumpul dan naik ke tingkat 11 menara...masa naik nie kami berimpit-impit kat dalam lif...ad la berblas orang dalam 1 lif...nk lemas gak la...tp nak wat macam mana...naik jew la lif tu dripada naik tgge...

       Kat atas menara...kami kumpul semua barang di satu tempat dan membuat lay out barang2 abseiling...lepas wat lay out barang2, abg2 senior aku memulakan tugas mereka wat set up tok abseiling...banyak gak la kerja mereka...nak wat set up tu bkan nya senang...kne pastikan set up tu btol2 kemas dan kuat...kalau x kuat mcm mne nk trunkan kteorang nt kan....ermm...sementara tggu dyeorg wat set up...kami diberi sedikit breafing oleh en, Hisham...lepas semua dah selesai...kami semua berkumpul dan siap sedia tok menjalankan aktiviti...tapi sebelom tu...macam biasa la kami semua baca doa dahulu sebelom melakukan aktiviti...

       Seterusnya, seorang demi seorang dilepaskan untuk berabseiling...peserta pertama masa tu ialah ayoi...cuak gak aku tgok ayoi trun masa tu...hee...lepas sorang, sorang akhirnya tiba juga giliran aku...x slap aku orang ke-9 trun kot...ermm...da kne sgt la no tu ngan negeri tempat aku lahir iaitu n9...heheee...masa giliran aku nie tiba2 rasa takot la plak...tmbah2 lg masa nak panjat besi penghalang bangunan tu...menggigil pale lutot aku dibuatnye...hehee...aku turun abseiling perlahan-lahan...maklum la first time kan...x de pengalaman lg...masa turun tu aku rasa aku wat dah betul...tapi abg senior aku tegur dari atas bangunan bagitau kaki ak x betul...x wat bentuk L...so aku betul kan teknik aku dan akhirnya menjadi gak...walaupun x perfect...sampai kat bawah aku lega sebab dah berjaya wat aktiviti nie...

       lepas habis aku naik ke atas bangunan semula dan tengok kawan2 aku yg wat pula...tengok punya tengok sampai la turn kawan aku sorang nie...nazrul namanya...abseiling dye kali nie wat cara lain ckit...australian style namanya..trun bangunan secara berjalan...dengan kepala pandang ke bawah...pehh...gempak la...lepas semua da selesai...kami kmaskan dan balik kew kolej...itu lah pengalaman aku berabseiling...memang seronok...terima kasih kepada semua yg terlibat...sekian...=)



                    

                                                                                                          


   

Sunday, March 13, 2011

_mAJliS PEnUtuPAn & BbQ TiME_

           Akhirnya tiba juga saat2 yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta...iaitu majlis penutupan outdoor recreation camp 2011 dan majlis makan malam...pada majlis ini...kami telah menjemput beberapa orang vip dari fakulti sains sukan dan rekreasi UiTM Shah Alam...majlis dimulakan dengan doa, ucapan dari wakil peserta, ucapan vip dan seterusnya persembahan daripada peserta2 kem...akhir sekali...kami dibenarkan menjamu selera dengan hidangan yang sungguh menyelerakan...memang syok la mase nie...macam2 makanan yang aku makan..antaranya kambing,ayam,mee,kuih,sup dan banyak lagi la...memang berselera betol aku time nie....terima kasih kepada ajk makanan yang menguruskan semua makanan2 pada malam nie...pengurusan anda memang 'terbaek'...dengan kambing 3 ekor, ayam dan makanan2 lain memang sedap dan menyelerakan...

                                                              


persembahan


_seleranya makan_


seronok nya dah habis kem...hehee


Monday, March 7, 2011

GoOD bYe CheNDeRoh =)

Chenderoh dalam kenangan..

         Pejam celik pejam celik dah hari terakhir aku berada di kem Chenderoh...berat rasa nya untuk melangkah pulang ke Shah ALam...banyak kenangan pahit dan manis aku dan peserta2 lain sepanjang kem ini...pengalaman paling manis yang aku  lalui sepanjang kem di Chenderoh ini ialah berkayak mengililingi tasik...dengan permandangan tasik Chenderoh yang indah dan udara yang begitu nyaman membuatkan aku begitu seronok semasa berkayak...banyak perbezaan jika dibandingkan berkayak di tasik Shah alam dan berkayak di Chenderoh...itulah kenangan paling manis aku  tak akan lupa sampai bila2...

       Sebelum bertolak pulang ke Shah Alam...kami melakukan aktiviti gotong royong mengemas tapak perkhemahan...kami mengemas barang yang perlu di bawa pulang, mengemas kawasan kem,timbus longkang, kemas khemah dan banyak lagi la...kami kemas sehingga la kawasan itu bersih dan berada dalam keadaan asal seperti  mula2 kami sampai di kem tersebut...kami mengemas beramai-ramai dan hasilnya kerja kami dapat diselesaikan dengan cepat dan teratur...selesai kerja...kami berjalan beramai-ramai ke jalan besar untuk menaiki bas...bas sampai dalam jam 1 tgahhari dan kami terus menaiki nya dan bertolak pulang ke kampus aku iaitu UiTM Shah Alam.....=)

Sunday, March 6, 2011

_HEy LeMAk mAnIS_

       Explorace...itu lah aktiviti kami pada malam terakhir di kem Chenderoh...aktiviti ini x de dalam jadual kami pun sebenarnya...tapi tah macam mana fasi dan pensyarah kami leh set game explorace pada malam tersebut...malam tu ngan cuaca sejuk kami berkumpul di kawasan lapang berhampiran kem kediaman... pada mula nya kami semua disuruh berjalan ke bukit berhampiran camp site kami...night walk kata fasi...kami jalan x bawak lampu suluh masa tu...jadi dengan berbekalkan cahaya bulan pada malam itu dan beberapa lampu sluh fasi kami berjalan beramai-ramai ke kawasan berkenaan...

      Sampai dibukit, kami berkumpul beramai-ramai...masa nie menggigil aku dibuatnya...walaupun aku dah pakai sweater, tapi aku tetap rase sejuk sebab cuaca kat sini dingin bangat ditambah pula ngan angin yang meniup...hurmm...sejukkk....dalam beberapa mnit lepas tu...kami balik ke camp site...masa perjalanan blik nie aku dengar ramai orang menyanyi...suara tu datang nya dari khemah pusat kami...pada mulanya aku ingatkan 'mereka' yg menyanyi tu ialah peserta2 digree...tp ble dah sampai rupe2 nya en2 fasi dan beberapa orang pensyarah kami yang menyanyi...masa tu aku tertanya-tanya gak...nape mereka semua menyanyi kuat2 malam-malam nie...mesti ada muslihat disebalik nya...hehee...

       Di camp site, kami berkumpul sekali lagi...kali nie fasi memberi arahan supaya mengambil beberapa barang untuk aktiviti seterusnya iaitu explorace...antara barang yg kami perlu bawa ialah lampu suluh 2 setiap kumpulan, kompas, dan radio...lepas tu kami diberi sedikit breafing dan seterusnya melakukan aktiviti tersebut....kami diberi sampul surat yang memberi klu untuk mencari checkpoint pertama...klu dye nie susah sikit...dye tulis dalam bentuk pantun dan puisi melayu...kte kne btol2 paham isi kandung ayat dye bru leh crik checkpoint yang dikehendaki...

      Kami bergerak mencari chekpoint secara berkumpulan...group aku berjaya mengumpul check point satu per satu sehingga la checkpoint ke-6...sampai checkpoint ke-6 nie...kami perlu menjawab soalan yang diberikan oleh fasi dan pensyarah kami yang berada di khemah pusat...tapi soalan mereka nie pelik sikit...mareka bagi soalan dalam benyuk lagu 'LEMAK MANIS' dan kami perlu menjawab mengikut irama dan rentak lagu tersebut...kalau kami jawab soalan secara gagap dan x masuk rentak lagu...mereka akan potong cakap kami dan terus menyanyi kan lagu lemak manis tersebut...pada mulanya...group aku gagal menjawab soalan tetapi cubaan kedua kami berjaya dan jawapan kami tepat...  Seterusnya kami diberi klu untuk mencari checkpoint terakhir...checkpoint terakhir nie kami perlu mencari satu barang...dengan kerjasama kumpulan dan usaha kami berjaya mencari barang tersebut...barang tersebut ialah makanan ringan dan ianya milik kami sepasukan...kira hadiah la...



      Itu lah ending bagi explorace kami...untuk pengetahuan semua, explorace nie dijalankan pada malam sehingga pkul 8 pg keesokkan harinya...memang seronok la aktiviti ini...cuma yang x seronok nya aktiviti nie ambik time tidur kami...tp x pe la...sebab pada pagi tu juga kami akan bertolak balik ke Shah Alam...sepanjang perjalanan  nt kami ad masa untuk tidur dalam bas....sekian...

      

Saturday, March 5, 2011

_management game_

    Tiba hari ke-6 di kem Chenderoh...ikutkan jadual,semua aktiviti tasik aku iaitu tasik Temenggong dah lakukan...oleh  kerana x tau nak buat apa pada hari nie...en.fasi mengadakan aktiviti ekstra untuk kami...iaitu management game...management game, aku rase ramai yang pernah men game nie...game nie slalu wat pada kem2 terutama masa kem sekolah dulu...sape yang slalu g kem mungkin tau la macam mane nak men game nie...balik pada cerita aku tadi...pada hri ini mcm2 game yang en.fasi buat untuk kami...antaranya, game goreng pisang, buat cheers, berbalas cheers dan banyak lagi...memang seronok masa men game nie...en. fasi pun sporting giler mase nie...wat kan kami bertambah happy dan lupa segala tekanan yang kami lalui dsepanjang kem...aktiviti ini dijalankan sehingga lewat petang...


  

Wednesday, March 2, 2011

kayaking...(day 5)

berkayak la pulak.

    sudah 5 hari aku berada di kem chenderoh...pada hari ini aku dijadualkan untuk melakukan aktiviti kayak pula... aktiviti ini bermula dalam jam 10 pagi... macam biasa sebelum aktiviti kami diberi breafing terlebih dahulu sebelom menjalankan aktiviti tersebut...pada kali ini breafing yang diberikan oleh fasi agak lama kerana ada peserta yang tak tahu apa2 tentang kayak...bagi aku ngan peserta2 dari kampus shah alam tak punya banyak masalah...sebab kami dah belajar dan melakukan praktikal sendiri di tasik Shah Alam...masa breafing, en fasi mamberi tunjuk ajar tentang anatomi of kayak,science of  paddle, macam mana nak kawal kayak dan banyak lagi...

     lepas selesai kami diarahkan untuk melakukan water confident..kami disuruh melakukan pelbagai bentuk ketika di dalam air..buat no 10, 12 dan lain2...tujuan kami buat water confident nie untuk mnambahkan keyakinan kami ketika berada dalam air...macam mana nak kawal pergerakan dalam air... nanti jika kami capsize ketika kayak kami x lah panic masa ada kat dalam air...lepas water confident..kami dibenarkan makan tengah hari dan solat zohor...seterusnya kami wat persiapan untuk berkayak...kami dilepaskan secara berpasangan...partner aku masa tu ialah arif..arif nie budak kelas aku jew... kre da knal lme la...so bab2 kefahaman sesama kitaorang nie memang dah ad la...aku ngan arif memulakan dayungan dari jeti camp site kami ke tengah tasik...aku ngan arif masa nie berkayak dengan lancar gak la...sebab dua2 dah ad pengalaman berkayak kat tasik shah alam kan...

     tengah syok2 berkayak, ad pulak orang wat simbol rafting kat tgah2 tsik tu...aku ngan arif pun apa lg pergi la kat kayak tu dan kami berkumpul ramai2...semua dah berkumpul, fasi masa tu, en,hamzah suruh aku tukar partner ngan peserta dari kayak lain...aku masa nie terkejut dan x brape seronok..sebab dah dapat partner yang best tibe2 fasi suh tukar plak...tp nak wat mcm mana kan...kalau x tkar x dapat pengalaman baru plak...masa nie first time dalam hidup aku berjalan atas kayak...risau gak la...takut jatuh plak kan...tapi atas bantuan semua rakan dengan mrapatkan semua kayak erat2 dan bg semangat kat aku akhirnya aku dapat gak tukar kayak...

     sampai kat kayak baru tu aku tengok partner aku perempuan...masa tu aku x knal sape dye...yang aku tau dye dari kampus jengka...tu pun sebab dye pkai bju UiTM Pahang...lepas rafting tu kami meneruskan perjalanan berkayak...sepanjang perjalanan nie la aku berkenalan ngan partner aku nie dan beborak ngan dye sambil mendayung...nama dye ayu...dye nie sporting gak la...snang aku nk berinteraksi ngan dye...dayung punya dayung...kami rafting sekali lagi...kali ini  beberapa peserta lg diarah kan untuk tukar partner...nasib bek masa nie aku x kena tukar lg....lepas tu kami sambung perjalanan hinggalah kami rafting wat kli ke-3...kali nie kami diminta melakukan 'capsize'...semua peserta wajib wat benda tu...maka satu per satu pasangan buat capsize...sampai lah ke turn aku...aku ngan ayu terbalikkan kayak dan naik semula ke kayak tersebut...kire ok gak la kitaorang wat...lg pun kiteorang beginner kan...


     lepas aku ngan ayu wat capsize, kami terpaksa tukar kayak ngan pasangan lain...so,tukar la kayak kami dari kayak sit on top ke kayak mandesta...dapat kayak lumbe pulak...sebelom nie aku x pernah bawak kayak mandesta nie...slalu bawak kayak sit on top jew...dari rafting ke-3 nie kami teruskan perjalanan...perjalanan kayak aku kali nie da mule lambat...sebab dapat kayak baru kan...patotnye kayak aku jalan lurus, nie dah jalan terhuyung hayang...kejap ke kiri...kejap ke kanan...bak kata fasi da macam 'menjahit' da...aku pun dayung kayak tu dan cari jalan macam mne nk atasi masalah tu...kami dayung skali kanan,due kli kiri...mle2 ok...tp da lme masalah 2 datang gak...sampai lah ad fasi, en.fatin bagitau yg blakang kena pandai kawal dan men brek...aku pun wat la apa yg en.fatin cakap...alhmdllah...lancar gak la perjalanan kami...mslah yg tadi tu masih ad lagi tp da berkurang la...x la seteruk mula2 tu...aku ngan ayu teruskan mendayung kayak kami sampai la kew destinasi terakhir kami iaitu camp site...

    Dah sampai camp site tu memang seronok la...berjaya gak kami harungi cabaran2 sepanjang berkayak...jauh gak perjalanan kami...perasaan masa nie dah bercampur aduk...penat + seronok + x puas berkayak, semua ada la...tapi yang paling penting aku seronok gila masa aktiviti nie...nie la aktiviti paling seronok yang aku lakukan sepanjang kem di Chenderoh...harap lepas nie ad lagi aktiviti kayak....heheee...=)


Rafting time.

antara peserta yang capsize di  tasik Chenderoh.

Tuesday, March 1, 2011

trEkkInG (day 4)



permandangan tasik dari puncak gunung.


    Tiba hari ke-4 di kem chenderoh...mengikut jadual yang ditetapkan...aktiviti aku pada hari ini adalah jungle treeking...so pada pagi itu kami bangun macam biasa...pkul 5 pagi...solat subuh, Malaysia cergas dan sarapan... lepas sarapan, kami berkumpul untuk breafing jungle trekking...kami diberi tunjuk ajar tentang perkara yang perlu dibuat dan perkara yang dilarang semasa menjalankan aktiviti trekking...kami juga diarahkan membawa baju sejuk(beambraker),air, parang dan tali...selepas breafing, kami diberikan bahan amanah iaitu makanan dan minuman pensyarah,alumni dan fasi yang turut serta...

    Lepas semua dah selesai...berbekalkan life jacket fsr, kami berenang menyeberangi tasik...sebelum kami melakukan trekking...kami dikehendaki menyeberangi tasik dahulu sebelum berjalan ke destinasi trekking...dalam 20 minit berenang...kami tiba ke jeti yg dituju...selepas itu...dengan keadaan yang basah kuyup tu kami berjalan ke kaki gunung, seterusnya melakukan aktiviti mendaki di gunung berkenaan...sepanjang perjalanan semasa jungle treeking nie...macam2 kawasan yang kami lalu...ladang getah la, kawasan kg la,laluan curam, kebun dan banyak lagi lah...yang paling aku tak tahan masa lalu kebun durian...masa tu banyak gila durian yg dah gugur...geram je aku tengok...rasa nak mkan je sume durian tu...hehehe...

    Masa melakukan aktiviti trekking nie aku rasa seronok...tambah2 lagi bila dah sampai puncak gunung tu...dapat tengok permandangan tasik dari ats, dengan udara yang nyaman...memang syok habis la...lepas da sampai di puncak gunung...kami makan  makanan yg dibawa...masa nie kami beri bahan amanah yang kami bawa tadi kepada fasi,pensyarah dan alumni...lepas makan, kami berehat seketika sebelom meneruskan perjalanan turun gunung berkenaan...semasa menuruni gunung kami mengambil masa yang agk singkat berbanding semasa mendaki tadi..sepanjang perjalanan menuruni gunung itu juga ada ahli kumpulan aku yang tergelicir...mungkin kerana permukaan jalan yang licin ditambah pula dengan tapak kasut dieorang yang licin tu...x lama lepas tu kami sampai di kaki bukit...kami mengikut laluan yang sama untuk pulang...pergi ke jeti dan seterusnya berenang pulang ke camp site...sekian..

                                           
                                                        ' gunung siku'  semasa di puncak gunung.

Sunday, February 27, 2011

hari ke-3 di Chenderoh

     Sambungan dari aktiviti survival...pada pagi itu pukul berapa aku pun x pasti...sebab kami x dibenarkan membawa jam ketika survival...tengah duduk2 ngan group aku...terasa lapar pulak perut...kami pun cadang untuk memasak makanan yg dibekalkan...kami masak nasi dalam mass tin...lepas nasi rebus telur pulak...tu la hidangan kami semasa survival...da makan sikit...terpikir pulak yg kami dbekalkan tepung untuk survival...apa yg nak wat ngan tepung nie...nasib baik la ahli kumpulan aku, Tina beri idea supaya tepung itu dimasak dengan menggunakan kayu...masa nie baru aku ingat yang aku dah pernah msak macam tu masa kem sekolah dulu...kami pun ambil kayu dan buang selaput kayu tu dan tinggalkan bahagian dalam kayu yg bersih sahaja...
  
     Kemudian letakkan tepung yang telah digaul dengan air...nak lagi sedap tambah la garam atau gula...bagi ada perasa sikit...dah letak tepung kat kayu tu...salaikan dye kat unggun api...agak2 da masak tepung tu kami pun makan la...masa tu aku makan ngan nasi dan telur rebus...sedap gak la...sebab dah laparkan...sume benda sedap...hehee...masa nie baru tau mkan makanan yang simple2...klau x tu...asyik makan sedap jew...ayam Barra la, nasi hakim la...haa skarang makan nsi, tlor rebus ngan tepung salai buatan sendiri...hihii...selesai makan..kami bergilir-gilir menjaga unggun api....sampai la langit da terang...

      Dalam tengah hari kot...dua orang fasi datang ke camp site aku...dyeorg bgtau yang aktiviti survival kteorang dah selesai dan meminta kami kemas kan tempat tersebut...dye nak bersih macam kami mula2 bru sampai...lepas semua selesai...kami mengikut fasi dan berkumpul bersama group lain...kami diberi breafing utk aktiviti seterusnya...orienteering...haa...aktiviti orienteering pulak...best gak aktiviti ni...mula2 kami diminta membuat trek atau laluan utk orienteering...kemudian tukar laluan tersebut dengan gunung lain...masa wat trek tu gunung aku tak mempunyai sebarang masalah...tapi masa cari trek gunung lain tu group aku ada masalah cikit...kami dan fasi pengiring iaitu en.badang x dapat carik laluan yg sebenar...agaknya laluan yg gunung lain  bagi tu salah...lepas tu kami berkumpul dan balik kew tapak perkhemahan...

      Sampai di tapak perkhemahan...kami bersihkan badan dan makan bubur nasi yg telah disediakan...pada malam hari...lepas solat dan makan malam...aktiviti rutin dijalankan iaitu postmortem...kami diminta menceritakan pengalaman atau aktiviti yang dijalankan pada siang hari...lama juga aktiviti postmortem nie...smpai tgah mlam jugalah...lepas tu kami tidur dan menunggu hari seterusnya tiba...

hari ke-2 di Chenderoh

      Pada pagi itu kami bangun seawal 5 pagi...aku suka dengan cuaca pagi di Chenderoh...sejuk dan nyaman jew rasa...teringat pulak suasana kampung aku di Kuala Pilah...pada pagi itu kami menunaikan solat subuh dan aktiviti  Malaysia cergas di kawasan lapang berhampiran khemah penempatan...untuk pengetahuan korang aktiviti Malaysia cergas ini adalah aktiviti senam yang akan dijalankan pada setiap pagi sepanjang perkhemahan...ye la...pagi2 kan masa yang sesuai untuk kita bersenam...pagi itu kami bersenam dengan gembiranya...

      Selepas bersenam kami berkumpul dalam kumplan untuk aktiviti ice breaking pula...mase tu setiap gunung dikehendaki melakukan "cheers" masing2...kumpulan aku iaitu GUNUNG SIKU melakukan hakka siku yang boleh dikatakan gempak juga la...belum sempat tengok cheers dari semua kumpulan, kumpulan aku dan gunung Belatok dipanggil fasi ke dapur...aku pelik gak kenapa kami dipanggil ke dapur...rupa2 nya hari 2 giliran gunung aku ngan gunung Belatok untuk memasak makanan tgah hari...sebelom memasak kami diberi sedikit breafing tentang tugas2 yg perlu dilakukan di dapur...

      Menu yang perlu kami masak pada hari tersebut ialah ayam merah, sayur goreng dan buah tembikan sebagai pencuci mulut...masa aktiviti memasak tu aku rasa seronok juga...tambah2 lagi bile makanan yg kite masak tu sedap dan nasi dye menjadi...hehee...masa masak tu bende yang aku paling risau bile nasi yg kite masak tu x jd..lembik la, nasi tengit la...tp nsib baik la team aku punya nasi menjadi...lepas masak kami sajikan makanan kami untuk peserta lain...pada petangnya kami berkumpul untuk breafing survival...masa breafing tu aku tengok langit dah mendung semacam je...parah gak kalau hujan...susah nak jalan kan aktiviti survival nanti...semasa survival, kami cuma dibekalkan 3 batang mancis, sebilah parang, fly sheet, mass tin, mkanan sperti beras, gula, garam, tepung, tea, dan dua botol air...dalam pukul 5 lebih kami bertolak ke tapak survival dengan menaiki bot...

       Baru bertolak hujan pulak turun...parah juga nie...macam mana nak cari kayu kering tok wat unggun api nanti...sampai jew kat pulau suevival...kami diberi sedikit daun2 kering untuk dijadikan bahan bakar...aku yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga bahan tersebut terpaksa melindung bahan berkenaan dengan jaket yang aku pakai..klau x lindung dah tentu bahan 2 akan basah...kami diberi pandu arah oleh fasi ke tapak survival kami...sepanjang perjalanan...aku dan ahli kumpulan aku mengutip kayu2 api yang ad pada laluan yang kami lalu...tiba jew di tapak kem...kami terus bahagikan tugas...ada yang pasang fly sheet tuk buat khemah...ada yang cari kayu...ada yang cari alas untuk tidur pada malam nanti...disebabkan kami sampai agak lewat...hari pun da nak gelap...kami x sempat kumpulkan banyak kayu tuk unggun api...lepas semua kerja selesai...kami menghidupkan unggun api...dengan menggunakan 2 batang mancis sahaja unggun kami berjaya dihidupkan...bersyukur sangat masa tu...sepanjang hari itu kami duduk dihadapan unggun api sehingga la pagi keesokan harinya...


Aktiviti pertama di Chenderoh..=)

hari pertama di Chenderoh






29 januari 2011...tarikh ini lah buat kali pertamanya kami menjejakkan kaki ke tapak perkhemahan, Tasik Chenderoh, Perak... kami bertolak ke destinasi dalam pkul 9 pagi...sepanjang perjalanan aku lena dibuai mimpi...sedar2 aku dah sampai r&r mane tah untuk berehat dan makan2...aku yang yang tengah mamai masa tu mule2 x nak turun bas...tapi disebabkan semua kawan2 aku dah turun aku ikot je la dieorang...lapas selesai makan di r&r...kami meneruskan perjalanan ke tasik Chenderoh...baru bebrapa minit bertolak aku tertido lg...x tau la sebab ape rase nak tidur je dalam bas tu...letih sangat agaknya la...sebab malam sebelom 2 aku x cukup tido...pada petang nya...kami sampai ke destinasi...pada mulanya aku ingatkan tapak perkhemahan kami ini dekat ngan jalan besar jew...sebab bas berhenti btol2 tepi jalan...rupa2 nya tidak...tempat 2 jauh ke dalam...nasib baik la pada masa 2 ada 4 wheel drive nak msuk ke tapak perkhemahan...x payah la aku penat2 berjalan ke tapak kem...sampai tapak kem...aku dan kawan lain tolong turun kan barang2 dari lori...banyak gak barang masa 2...tapi nasib baik la kami ramai...senang la kerja kalau wat ramai2 nie kan...selesai kerja...kami terpaksa menunggu peserta2 lain sampai ke tapak kem...masa nie kesian gak aku tengok muka diorang...semua muka keletihan...mana x nya...diorang terpaksa berjalan jauh dengan memikul barang2 dieorang 2...barang kot sikit x pe gak...nie banyak da macam nak pindah rumah dah aku tengok...heee...selepas semua peserta sampai ke tapak kem...kami berkumpul mengikut group...pada masa nie semua group atau gunung diberikan tugas...ada yang kena dirikan khemah, basuh tandas, kemas khemah dapur dan macam2 lagi la...gunung aku masa 2 diberi tugas untuk mendirikan khemah...tengah syok2 dirikan khemah hujan plak turun...2 la dugaan kami pada hari pertama...nak tak nak kena gak mandi hujan untuk siap kan khemah...kalau tak nak tidur macam mana malam nanti kan...erm...selepas semua kerja selesai...kami bersiap untuk solat berjemaah di khemah pusat...kami bersiap ala kadar sahaja pada masa itu kerana kami tidak dibenarkan mandi...lepas solat...kami diberkan makan malam...setiap kumpulan diberi 2 dulang makanan dan perlu berkongsi makanan tersebut...masa makan dalam dulang tu aku tak de la kekok sangat...sebab aku pernah makan macam tu masa join tablik kat surau taman aku dulu...hehee...itu sahaja aktiviti menarik pada hari pertama...ikuti cerita aku pada hari ke-2 di chenderoh...wsalam...


                                                 
                                 peserta di khemah A shape

                                                                                     
                                                                                       khemah A shape untuk peserta lelaki

Tuesday, February 22, 2011

28 januari

Assalamualaikum...tentu anda tertanya-tanya knapa tajuk post nie '28 januari'...apa pulak yang aku buat pada tarikh ini...haa...nie lah yang ak nak ceritakan...sebenarnya tarikh nie la bermulanya kem outdoor recreation aku...sbelom tu aku nak cerita serba sedikit tentang kem aku nie... kem aku berlangsung pada 28 januari hingga 5 februari...bertempat di Tasik Chenderoh, Perak...kem aku pada kali ini agak special cikit...sebab menggabungkan kem amali perkhemahan asas dan amali perkhemahan akhir dalam satu kem...berbanding senior aku pd sem2 lepas...dieorang kena pergi 2 kem...kem nie disertai oleh pelajar-pelajar dari SHAH ALAM, JENGKA, SHAHPUTRA dan INSTEDT...jumlah semua peserta kem ini kalau x silap aku seramai 225 peserta...ok cukup pasal info kem...aku nak ceritakan apa yang aku wat pada tarikh nie...pada pukul 3 petang aku dan member2 dari kampus shah alam berkumpul di kolej kenanga...pada masa itu peserta2 dari kampus lain masih belum sampai...lepas berkumpul kami melakukan kerja2 yang masih belom selesai..kami mengangkat kayak, segala peralatan yang hendak dibawa ke chenderoh masuk ke dalam lori...sampai lewat petang jugak lah kami wat kerja 2...selesai kerja, kami g bersiap untuk majlis perasmian pada malam hari nya...                    













                                                                                                                                                                                                                          


pada malam nya...kami semua berkumpul di dataran kolej kenanga untuk majlis perasmian...majlis pada malam itu dirasmikan oleh dekan fakulti sains sukan dan rekreasi, Prof. Madya Dr. Mohd Hanafiah Abidin...selesai majlis...semua peserta diarahkan berkumpul mengikut kumpulan yang ditetapkan...aku, azam, beng, syazwan, anas, wan, epy,wani, tina dan aimi bersatu dalam satu kumpulan yang diberi nama "Gunung Siku".  pada malam itu kami berkenalan antara satu sama lain...tak susah nak berkenalan ngan group aku nie...sebab semuanya sporting...biasalah bdak sport rek kn...lepas berkenalan...kami semua dibenarkan tidur...haa...nak dijadikan cerita, malam 2 hujan plak...jadi peserta lelaki yg sepatotnya tidur di dataran kenanga terpaksa tidur bersepah di kaki 5 pjabat kolej...sekian...



               
               ucapan daripada dekan fakulti sains sukan dan rekreasi

Thursday, February 17, 2011

about kayak...

                      Brief History
  • As transportation for eskimo(Inuit)
  • Father of kayak (John MacGregor)
  • 1865- MacGregor invented kayak, "Rob Roy"
  • 1866- first club established in Twickebham, England.
  • 1936- kayak finally being introduced in Olympic, Berlin.
  • Early 60's, many types of skill were introduced such as kayak polo, surfing and rodeo.
                                                           
                     Types of kayak
                    *  Ottersport (U)
                    *  Slalom (O)
                    *  Mandesta (V)

          Comparison: While Water Kayak and Sea Kayak.





anatomy of Kayak & paddle


paddle



       Shapes of paddle
  • feathered
  • unfeathered
  • asymmetric
  • square-ended
  • wing
  • spooned
  • dihedral


Types of paddling
  • Forward Paddling
  • Backward Paddling
  • Sweep paddling

 KAYAKING SAFETY TIPS
  • Never boat alone (at least 3 boats)
  • know how to swim
  • know your ability
  • wear your life jackets
  • wear your appropriate clothing
  • know the river
  • Always kneel. Kneeling lowers the centre of gravity
  • learn and practice proper techniques under complete supervision