Sunday, February 27, 2011

hari ke-3 di Chenderoh

     Sambungan dari aktiviti survival...pada pagi itu pukul berapa aku pun x pasti...sebab kami x dibenarkan membawa jam ketika survival...tengah duduk2 ngan group aku...terasa lapar pulak perut...kami pun cadang untuk memasak makanan yg dibekalkan...kami masak nasi dalam mass tin...lepas nasi rebus telur pulak...tu la hidangan kami semasa survival...da makan sikit...terpikir pulak yg kami dbekalkan tepung untuk survival...apa yg nak wat ngan tepung nie...nasib baik la ahli kumpulan aku, Tina beri idea supaya tepung itu dimasak dengan menggunakan kayu...masa nie baru aku ingat yang aku dah pernah msak macam tu masa kem sekolah dulu...kami pun ambil kayu dan buang selaput kayu tu dan tinggalkan bahagian dalam kayu yg bersih sahaja...
  
     Kemudian letakkan tepung yang telah digaul dengan air...nak lagi sedap tambah la garam atau gula...bagi ada perasa sikit...dah letak tepung kat kayu tu...salaikan dye kat unggun api...agak2 da masak tepung tu kami pun makan la...masa tu aku makan ngan nasi dan telur rebus...sedap gak la...sebab dah laparkan...sume benda sedap...hehee...masa nie baru tau mkan makanan yang simple2...klau x tu...asyik makan sedap jew...ayam Barra la, nasi hakim la...haa skarang makan nsi, tlor rebus ngan tepung salai buatan sendiri...hihii...selesai makan..kami bergilir-gilir menjaga unggun api....sampai la langit da terang...

      Dalam tengah hari kot...dua orang fasi datang ke camp site aku...dyeorg bgtau yang aktiviti survival kteorang dah selesai dan meminta kami kemas kan tempat tersebut...dye nak bersih macam kami mula2 bru sampai...lepas semua selesai...kami mengikut fasi dan berkumpul bersama group lain...kami diberi breafing utk aktiviti seterusnya...orienteering...haa...aktiviti orienteering pulak...best gak aktiviti ni...mula2 kami diminta membuat trek atau laluan utk orienteering...kemudian tukar laluan tersebut dengan gunung lain...masa wat trek tu gunung aku tak mempunyai sebarang masalah...tapi masa cari trek gunung lain tu group aku ada masalah cikit...kami dan fasi pengiring iaitu en.badang x dapat carik laluan yg sebenar...agaknya laluan yg gunung lain  bagi tu salah...lepas tu kami berkumpul dan balik kew tapak perkhemahan...

      Sampai di tapak perkhemahan...kami bersihkan badan dan makan bubur nasi yg telah disediakan...pada malam hari...lepas solat dan makan malam...aktiviti rutin dijalankan iaitu postmortem...kami diminta menceritakan pengalaman atau aktiviti yang dijalankan pada siang hari...lama juga aktiviti postmortem nie...smpai tgah mlam jugalah...lepas tu kami tidur dan menunggu hari seterusnya tiba...

No comments:

Post a Comment