Sunday, February 27, 2011

hari ke-2 di Chenderoh

      Pada pagi itu kami bangun seawal 5 pagi...aku suka dengan cuaca pagi di Chenderoh...sejuk dan nyaman jew rasa...teringat pulak suasana kampung aku di Kuala Pilah...pada pagi itu kami menunaikan solat subuh dan aktiviti  Malaysia cergas di kawasan lapang berhampiran khemah penempatan...untuk pengetahuan korang aktiviti Malaysia cergas ini adalah aktiviti senam yang akan dijalankan pada setiap pagi sepanjang perkhemahan...ye la...pagi2 kan masa yang sesuai untuk kita bersenam...pagi itu kami bersenam dengan gembiranya...

      Selepas bersenam kami berkumpul dalam kumplan untuk aktiviti ice breaking pula...mase tu setiap gunung dikehendaki melakukan "cheers" masing2...kumpulan aku iaitu GUNUNG SIKU melakukan hakka siku yang boleh dikatakan gempak juga la...belum sempat tengok cheers dari semua kumpulan, kumpulan aku dan gunung Belatok dipanggil fasi ke dapur...aku pelik gak kenapa kami dipanggil ke dapur...rupa2 nya hari 2 giliran gunung aku ngan gunung Belatok untuk memasak makanan tgah hari...sebelom memasak kami diberi sedikit breafing tentang tugas2 yg perlu dilakukan di dapur...

      Menu yang perlu kami masak pada hari tersebut ialah ayam merah, sayur goreng dan buah tembikan sebagai pencuci mulut...masa aktiviti memasak tu aku rasa seronok juga...tambah2 lagi bile makanan yg kite masak tu sedap dan nasi dye menjadi...hehee...masa masak tu bende yang aku paling risau bile nasi yg kite masak tu x jd..lembik la, nasi tengit la...tp nsib baik la team aku punya nasi menjadi...lepas masak kami sajikan makanan kami untuk peserta lain...pada petangnya kami berkumpul untuk breafing survival...masa breafing tu aku tengok langit dah mendung semacam je...parah gak kalau hujan...susah nak jalan kan aktiviti survival nanti...semasa survival, kami cuma dibekalkan 3 batang mancis, sebilah parang, fly sheet, mass tin, mkanan sperti beras, gula, garam, tepung, tea, dan dua botol air...dalam pukul 5 lebih kami bertolak ke tapak survival dengan menaiki bot...

       Baru bertolak hujan pulak turun...parah juga nie...macam mana nak cari kayu kering tok wat unggun api nanti...sampai jew kat pulau suevival...kami diberi sedikit daun2 kering untuk dijadikan bahan bakar...aku yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga bahan tersebut terpaksa melindung bahan berkenaan dengan jaket yang aku pakai..klau x lindung dah tentu bahan 2 akan basah...kami diberi pandu arah oleh fasi ke tapak survival kami...sepanjang perjalanan...aku dan ahli kumpulan aku mengutip kayu2 api yang ad pada laluan yang kami lalu...tiba jew di tapak kem...kami terus bahagikan tugas...ada yang pasang fly sheet tuk buat khemah...ada yang cari kayu...ada yang cari alas untuk tidur pada malam nanti...disebabkan kami sampai agak lewat...hari pun da nak gelap...kami x sempat kumpulkan banyak kayu tuk unggun api...lepas semua kerja selesai...kami menghidupkan unggun api...dengan menggunakan 2 batang mancis sahaja unggun kami berjaya dihidupkan...bersyukur sangat masa tu...sepanjang hari itu kami duduk dihadapan unggun api sehingga la pagi keesokan harinya...


Aktiviti pertama di Chenderoh..=)

No comments:

Post a Comment