Monday, March 7, 2011

GoOD bYe CheNDeRoh =)

Chenderoh dalam kenangan..

         Pejam celik pejam celik dah hari terakhir aku berada di kem Chenderoh...berat rasa nya untuk melangkah pulang ke Shah ALam...banyak kenangan pahit dan manis aku dan peserta2 lain sepanjang kem ini...pengalaman paling manis yang aku  lalui sepanjang kem di Chenderoh ini ialah berkayak mengililingi tasik...dengan permandangan tasik Chenderoh yang indah dan udara yang begitu nyaman membuatkan aku begitu seronok semasa berkayak...banyak perbezaan jika dibandingkan berkayak di tasik Shah alam dan berkayak di Chenderoh...itulah kenangan paling manis aku  tak akan lupa sampai bila2...

       Sebelum bertolak pulang ke Shah Alam...kami melakukan aktiviti gotong royong mengemas tapak perkhemahan...kami mengemas barang yang perlu di bawa pulang, mengemas kawasan kem,timbus longkang, kemas khemah dan banyak lagi la...kami kemas sehingga la kawasan itu bersih dan berada dalam keadaan asal seperti  mula2 kami sampai di kem tersebut...kami mengemas beramai-ramai dan hasilnya kerja kami dapat diselesaikan dengan cepat dan teratur...selesai kerja...kami berjalan beramai-ramai ke jalan besar untuk menaiki bas...bas sampai dalam jam 1 tgahhari dan kami terus menaiki nya dan bertolak pulang ke kampus aku iaitu UiTM Shah Alam.....=)

No comments:

Post a Comment