Sunday, March 6, 2011

_HEy LeMAk mAnIS_

       Explorace...itu lah aktiviti kami pada malam terakhir di kem Chenderoh...aktiviti ini x de dalam jadual kami pun sebenarnya...tapi tah macam mana fasi dan pensyarah kami leh set game explorace pada malam tersebut...malam tu ngan cuaca sejuk kami berkumpul di kawasan lapang berhampiran kem kediaman... pada mula nya kami semua disuruh berjalan ke bukit berhampiran camp site kami...night walk kata fasi...kami jalan x bawak lampu suluh masa tu...jadi dengan berbekalkan cahaya bulan pada malam itu dan beberapa lampu sluh fasi kami berjalan beramai-ramai ke kawasan berkenaan...

      Sampai dibukit, kami berkumpul beramai-ramai...masa nie menggigil aku dibuatnya...walaupun aku dah pakai sweater, tapi aku tetap rase sejuk sebab cuaca kat sini dingin bangat ditambah pula ngan angin yang meniup...hurmm...sejukkk....dalam beberapa mnit lepas tu...kami balik ke camp site...masa perjalanan blik nie aku dengar ramai orang menyanyi...suara tu datang nya dari khemah pusat kami...pada mulanya aku ingatkan 'mereka' yg menyanyi tu ialah peserta2 digree...tp ble dah sampai rupe2 nya en2 fasi dan beberapa orang pensyarah kami yang menyanyi...masa tu aku tertanya-tanya gak...nape mereka semua menyanyi kuat2 malam-malam nie...mesti ada muslihat disebalik nya...hehee...

       Di camp site, kami berkumpul sekali lagi...kali nie fasi memberi arahan supaya mengambil beberapa barang untuk aktiviti seterusnya iaitu explorace...antara barang yg kami perlu bawa ialah lampu suluh 2 setiap kumpulan, kompas, dan radio...lepas tu kami diberi sedikit breafing dan seterusnya melakukan aktiviti tersebut....kami diberi sampul surat yang memberi klu untuk mencari checkpoint pertama...klu dye nie susah sikit...dye tulis dalam bentuk pantun dan puisi melayu...kte kne btol2 paham isi kandung ayat dye bru leh crik checkpoint yang dikehendaki...

      Kami bergerak mencari chekpoint secara berkumpulan...group aku berjaya mengumpul check point satu per satu sehingga la checkpoint ke-6...sampai checkpoint ke-6 nie...kami perlu menjawab soalan yang diberikan oleh fasi dan pensyarah kami yang berada di khemah pusat...tapi soalan mereka nie pelik sikit...mareka bagi soalan dalam benyuk lagu 'LEMAK MANIS' dan kami perlu menjawab mengikut irama dan rentak lagu tersebut...kalau kami jawab soalan secara gagap dan x masuk rentak lagu...mereka akan potong cakap kami dan terus menyanyi kan lagu lemak manis tersebut...pada mulanya...group aku gagal menjawab soalan tetapi cubaan kedua kami berjaya dan jawapan kami tepat...  Seterusnya kami diberi klu untuk mencari checkpoint terakhir...checkpoint terakhir nie kami perlu mencari satu barang...dengan kerjasama kumpulan dan usaha kami berjaya mencari barang tersebut...barang tersebut ialah makanan ringan dan ianya milik kami sepasukan...kira hadiah la...



      Itu lah ending bagi explorace kami...untuk pengetahuan semua, explorace nie dijalankan pada malam sehingga pkul 8 pg keesokkan harinya...memang seronok la aktiviti ini...cuma yang x seronok nya aktiviti nie ambik time tidur kami...tp x pe la...sebab pada pagi tu juga kami akan bertolak balik ke Shah Alam...sepanjang perjalanan  nt kami ad masa untuk tidur dalam bas....sekian...

      

No comments:

Post a Comment