Wednesday, March 2, 2011

kayaking...(day 5)

berkayak la pulak.

    sudah 5 hari aku berada di kem chenderoh...pada hari ini aku dijadualkan untuk melakukan aktiviti kayak pula... aktiviti ini bermula dalam jam 10 pagi... macam biasa sebelum aktiviti kami diberi breafing terlebih dahulu sebelom menjalankan aktiviti tersebut...pada kali ini breafing yang diberikan oleh fasi agak lama kerana ada peserta yang tak tahu apa2 tentang kayak...bagi aku ngan peserta2 dari kampus shah alam tak punya banyak masalah...sebab kami dah belajar dan melakukan praktikal sendiri di tasik Shah Alam...masa breafing, en fasi mamberi tunjuk ajar tentang anatomi of kayak,science of  paddle, macam mana nak kawal kayak dan banyak lagi...

     lepas selesai kami diarahkan untuk melakukan water confident..kami disuruh melakukan pelbagai bentuk ketika di dalam air..buat no 10, 12 dan lain2...tujuan kami buat water confident nie untuk mnambahkan keyakinan kami ketika berada dalam air...macam mana nak kawal pergerakan dalam air... nanti jika kami capsize ketika kayak kami x lah panic masa ada kat dalam air...lepas water confident..kami dibenarkan makan tengah hari dan solat zohor...seterusnya kami wat persiapan untuk berkayak...kami dilepaskan secara berpasangan...partner aku masa tu ialah arif..arif nie budak kelas aku jew... kre da knal lme la...so bab2 kefahaman sesama kitaorang nie memang dah ad la...aku ngan arif memulakan dayungan dari jeti camp site kami ke tengah tasik...aku ngan arif masa nie berkayak dengan lancar gak la...sebab dua2 dah ad pengalaman berkayak kat tasik shah alam kan...

     tengah syok2 berkayak, ad pulak orang wat simbol rafting kat tgah2 tsik tu...aku ngan arif pun apa lg pergi la kat kayak tu dan kami berkumpul ramai2...semua dah berkumpul, fasi masa tu, en,hamzah suruh aku tukar partner ngan peserta dari kayak lain...aku masa nie terkejut dan x brape seronok..sebab dah dapat partner yang best tibe2 fasi suh tukar plak...tp nak wat mcm mana kan...kalau x tkar x dapat pengalaman baru plak...masa nie first time dalam hidup aku berjalan atas kayak...risau gak la...takut jatuh plak kan...tapi atas bantuan semua rakan dengan mrapatkan semua kayak erat2 dan bg semangat kat aku akhirnya aku dapat gak tukar kayak...

     sampai kat kayak baru tu aku tengok partner aku perempuan...masa tu aku x knal sape dye...yang aku tau dye dari kampus jengka...tu pun sebab dye pkai bju UiTM Pahang...lepas rafting tu kami meneruskan perjalanan berkayak...sepanjang perjalanan nie la aku berkenalan ngan partner aku nie dan beborak ngan dye sambil mendayung...nama dye ayu...dye nie sporting gak la...snang aku nk berinteraksi ngan dye...dayung punya dayung...kami rafting sekali lagi...kali ini  beberapa peserta lg diarah kan untuk tukar partner...nasib bek masa nie aku x kena tukar lg....lepas tu kami sambung perjalanan hinggalah kami rafting wat kli ke-3...kali nie kami diminta melakukan 'capsize'...semua peserta wajib wat benda tu...maka satu per satu pasangan buat capsize...sampai lah ke turn aku...aku ngan ayu terbalikkan kayak dan naik semula ke kayak tersebut...kire ok gak la kitaorang wat...lg pun kiteorang beginner kan...


     lepas aku ngan ayu wat capsize, kami terpaksa tukar kayak ngan pasangan lain...so,tukar la kayak kami dari kayak sit on top ke kayak mandesta...dapat kayak lumbe pulak...sebelom nie aku x pernah bawak kayak mandesta nie...slalu bawak kayak sit on top jew...dari rafting ke-3 nie kami teruskan perjalanan...perjalanan kayak aku kali nie da mule lambat...sebab dapat kayak baru kan...patotnye kayak aku jalan lurus, nie dah jalan terhuyung hayang...kejap ke kiri...kejap ke kanan...bak kata fasi da macam 'menjahit' da...aku pun dayung kayak tu dan cari jalan macam mne nk atasi masalah tu...kami dayung skali kanan,due kli kiri...mle2 ok...tp da lme masalah 2 datang gak...sampai lah ad fasi, en.fatin bagitau yg blakang kena pandai kawal dan men brek...aku pun wat la apa yg en.fatin cakap...alhmdllah...lancar gak la perjalanan kami...mslah yg tadi tu masih ad lagi tp da berkurang la...x la seteruk mula2 tu...aku ngan ayu teruskan mendayung kayak kami sampai la kew destinasi terakhir kami iaitu camp site...

    Dah sampai camp site tu memang seronok la...berjaya gak kami harungi cabaran2 sepanjang berkayak...jauh gak perjalanan kami...perasaan masa nie dah bercampur aduk...penat + seronok + x puas berkayak, semua ada la...tapi yang paling penting aku seronok gila masa aktiviti nie...nie la aktiviti paling seronok yang aku lakukan sepanjang kem di Chenderoh...harap lepas nie ad lagi aktiviti kayak....heheee...=)


Rafting time.

antara peserta yang capsize di  tasik Chenderoh.

Tuesday, March 1, 2011

trEkkInG (day 4)



permandangan tasik dari puncak gunung.


    Tiba hari ke-4 di kem chenderoh...mengikut jadual yang ditetapkan...aktiviti aku pada hari ini adalah jungle treeking...so pada pagi itu kami bangun macam biasa...pkul 5 pagi...solat subuh, Malaysia cergas dan sarapan... lepas sarapan, kami berkumpul untuk breafing jungle trekking...kami diberi tunjuk ajar tentang perkara yang perlu dibuat dan perkara yang dilarang semasa menjalankan aktiviti trekking...kami juga diarahkan membawa baju sejuk(beambraker),air, parang dan tali...selepas breafing, kami diberikan bahan amanah iaitu makanan dan minuman pensyarah,alumni dan fasi yang turut serta...

    Lepas semua dah selesai...berbekalkan life jacket fsr, kami berenang menyeberangi tasik...sebelum kami melakukan trekking...kami dikehendaki menyeberangi tasik dahulu sebelum berjalan ke destinasi trekking...dalam 20 minit berenang...kami tiba ke jeti yg dituju...selepas itu...dengan keadaan yang basah kuyup tu kami berjalan ke kaki gunung, seterusnya melakukan aktiviti mendaki di gunung berkenaan...sepanjang perjalanan semasa jungle treeking nie...macam2 kawasan yang kami lalu...ladang getah la, kawasan kg la,laluan curam, kebun dan banyak lagi lah...yang paling aku tak tahan masa lalu kebun durian...masa tu banyak gila durian yg dah gugur...geram je aku tengok...rasa nak mkan je sume durian tu...hehehe...

    Masa melakukan aktiviti trekking nie aku rasa seronok...tambah2 lagi bila dah sampai puncak gunung tu...dapat tengok permandangan tasik dari ats, dengan udara yang nyaman...memang syok habis la...lepas da sampai di puncak gunung...kami makan  makanan yg dibawa...masa nie kami beri bahan amanah yang kami bawa tadi kepada fasi,pensyarah dan alumni...lepas makan, kami berehat seketika sebelom meneruskan perjalanan turun gunung berkenaan...semasa menuruni gunung kami mengambil masa yang agk singkat berbanding semasa mendaki tadi..sepanjang perjalanan menuruni gunung itu juga ada ahli kumpulan aku yang tergelicir...mungkin kerana permukaan jalan yang licin ditambah pula dengan tapak kasut dieorang yang licin tu...x lama lepas tu kami sampai di kaki bukit...kami mengikut laluan yang sama untuk pulang...pergi ke jeti dan seterusnya berenang pulang ke camp site...sekian..

                                           
                                                        ' gunung siku'  semasa di puncak gunung.

Sunday, February 27, 2011

hari ke-3 di Chenderoh

     Sambungan dari aktiviti survival...pada pagi itu pukul berapa aku pun x pasti...sebab kami x dibenarkan membawa jam ketika survival...tengah duduk2 ngan group aku...terasa lapar pulak perut...kami pun cadang untuk memasak makanan yg dibekalkan...kami masak nasi dalam mass tin...lepas nasi rebus telur pulak...tu la hidangan kami semasa survival...da makan sikit...terpikir pulak yg kami dbekalkan tepung untuk survival...apa yg nak wat ngan tepung nie...nasib baik la ahli kumpulan aku, Tina beri idea supaya tepung itu dimasak dengan menggunakan kayu...masa nie baru aku ingat yang aku dah pernah msak macam tu masa kem sekolah dulu...kami pun ambil kayu dan buang selaput kayu tu dan tinggalkan bahagian dalam kayu yg bersih sahaja...
  
     Kemudian letakkan tepung yang telah digaul dengan air...nak lagi sedap tambah la garam atau gula...bagi ada perasa sikit...dah letak tepung kat kayu tu...salaikan dye kat unggun api...agak2 da masak tepung tu kami pun makan la...masa tu aku makan ngan nasi dan telur rebus...sedap gak la...sebab dah laparkan...sume benda sedap...hehee...masa nie baru tau mkan makanan yang simple2...klau x tu...asyik makan sedap jew...ayam Barra la, nasi hakim la...haa skarang makan nsi, tlor rebus ngan tepung salai buatan sendiri...hihii...selesai makan..kami bergilir-gilir menjaga unggun api....sampai la langit da terang...

      Dalam tengah hari kot...dua orang fasi datang ke camp site aku...dyeorg bgtau yang aktiviti survival kteorang dah selesai dan meminta kami kemas kan tempat tersebut...dye nak bersih macam kami mula2 bru sampai...lepas semua selesai...kami mengikut fasi dan berkumpul bersama group lain...kami diberi breafing utk aktiviti seterusnya...orienteering...haa...aktiviti orienteering pulak...best gak aktiviti ni...mula2 kami diminta membuat trek atau laluan utk orienteering...kemudian tukar laluan tersebut dengan gunung lain...masa wat trek tu gunung aku tak mempunyai sebarang masalah...tapi masa cari trek gunung lain tu group aku ada masalah cikit...kami dan fasi pengiring iaitu en.badang x dapat carik laluan yg sebenar...agaknya laluan yg gunung lain  bagi tu salah...lepas tu kami berkumpul dan balik kew tapak perkhemahan...

      Sampai di tapak perkhemahan...kami bersihkan badan dan makan bubur nasi yg telah disediakan...pada malam hari...lepas solat dan makan malam...aktiviti rutin dijalankan iaitu postmortem...kami diminta menceritakan pengalaman atau aktiviti yang dijalankan pada siang hari...lama juga aktiviti postmortem nie...smpai tgah mlam jugalah...lepas tu kami tidur dan menunggu hari seterusnya tiba...

hari ke-2 di Chenderoh

      Pada pagi itu kami bangun seawal 5 pagi...aku suka dengan cuaca pagi di Chenderoh...sejuk dan nyaman jew rasa...teringat pulak suasana kampung aku di Kuala Pilah...pada pagi itu kami menunaikan solat subuh dan aktiviti  Malaysia cergas di kawasan lapang berhampiran khemah penempatan...untuk pengetahuan korang aktiviti Malaysia cergas ini adalah aktiviti senam yang akan dijalankan pada setiap pagi sepanjang perkhemahan...ye la...pagi2 kan masa yang sesuai untuk kita bersenam...pagi itu kami bersenam dengan gembiranya...

      Selepas bersenam kami berkumpul dalam kumplan untuk aktiviti ice breaking pula...mase tu setiap gunung dikehendaki melakukan "cheers" masing2...kumpulan aku iaitu GUNUNG SIKU melakukan hakka siku yang boleh dikatakan gempak juga la...belum sempat tengok cheers dari semua kumpulan, kumpulan aku dan gunung Belatok dipanggil fasi ke dapur...aku pelik gak kenapa kami dipanggil ke dapur...rupa2 nya hari 2 giliran gunung aku ngan gunung Belatok untuk memasak makanan tgah hari...sebelom memasak kami diberi sedikit breafing tentang tugas2 yg perlu dilakukan di dapur...

      Menu yang perlu kami masak pada hari tersebut ialah ayam merah, sayur goreng dan buah tembikan sebagai pencuci mulut...masa aktiviti memasak tu aku rasa seronok juga...tambah2 lagi bile makanan yg kite masak tu sedap dan nasi dye menjadi...hehee...masa masak tu bende yang aku paling risau bile nasi yg kite masak tu x jd..lembik la, nasi tengit la...tp nsib baik la team aku punya nasi menjadi...lepas masak kami sajikan makanan kami untuk peserta lain...pada petangnya kami berkumpul untuk breafing survival...masa breafing tu aku tengok langit dah mendung semacam je...parah gak kalau hujan...susah nak jalan kan aktiviti survival nanti...semasa survival, kami cuma dibekalkan 3 batang mancis, sebilah parang, fly sheet, mass tin, mkanan sperti beras, gula, garam, tepung, tea, dan dua botol air...dalam pukul 5 lebih kami bertolak ke tapak survival dengan menaiki bot...

       Baru bertolak hujan pulak turun...parah juga nie...macam mana nak cari kayu kering tok wat unggun api nanti...sampai jew kat pulau suevival...kami diberi sedikit daun2 kering untuk dijadikan bahan bakar...aku yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga bahan tersebut terpaksa melindung bahan berkenaan dengan jaket yang aku pakai..klau x lindung dah tentu bahan 2 akan basah...kami diberi pandu arah oleh fasi ke tapak survival kami...sepanjang perjalanan...aku dan ahli kumpulan aku mengutip kayu2 api yang ad pada laluan yang kami lalu...tiba jew di tapak kem...kami terus bahagikan tugas...ada yang pasang fly sheet tuk buat khemah...ada yang cari kayu...ada yang cari alas untuk tidur pada malam nanti...disebabkan kami sampai agak lewat...hari pun da nak gelap...kami x sempat kumpulkan banyak kayu tuk unggun api...lepas semua kerja selesai...kami menghidupkan unggun api...dengan menggunakan 2 batang mancis sahaja unggun kami berjaya dihidupkan...bersyukur sangat masa tu...sepanjang hari itu kami duduk dihadapan unggun api sehingga la pagi keesokan harinya...


Aktiviti pertama di Chenderoh..=)

hari pertama di Chenderoh






29 januari 2011...tarikh ini lah buat kali pertamanya kami menjejakkan kaki ke tapak perkhemahan, Tasik Chenderoh, Perak... kami bertolak ke destinasi dalam pkul 9 pagi...sepanjang perjalanan aku lena dibuai mimpi...sedar2 aku dah sampai r&r mane tah untuk berehat dan makan2...aku yang yang tengah mamai masa tu mule2 x nak turun bas...tapi disebabkan semua kawan2 aku dah turun aku ikot je la dieorang...lapas selesai makan di r&r...kami meneruskan perjalanan ke tasik Chenderoh...baru bebrapa minit bertolak aku tertido lg...x tau la sebab ape rase nak tidur je dalam bas tu...letih sangat agaknya la...sebab malam sebelom 2 aku x cukup tido...pada petang nya...kami sampai ke destinasi...pada mulanya aku ingatkan tapak perkhemahan kami ini dekat ngan jalan besar jew...sebab bas berhenti btol2 tepi jalan...rupa2 nya tidak...tempat 2 jauh ke dalam...nasib baik la pada masa 2 ada 4 wheel drive nak msuk ke tapak perkhemahan...x payah la aku penat2 berjalan ke tapak kem...sampai tapak kem...aku dan kawan lain tolong turun kan barang2 dari lori...banyak gak barang masa 2...tapi nasib baik la kami ramai...senang la kerja kalau wat ramai2 nie kan...selesai kerja...kami terpaksa menunggu peserta2 lain sampai ke tapak kem...masa nie kesian gak aku tengok muka diorang...semua muka keletihan...mana x nya...diorang terpaksa berjalan jauh dengan memikul barang2 dieorang 2...barang kot sikit x pe gak...nie banyak da macam nak pindah rumah dah aku tengok...heee...selepas semua peserta sampai ke tapak kem...kami berkumpul mengikut group...pada masa nie semua group atau gunung diberikan tugas...ada yang kena dirikan khemah, basuh tandas, kemas khemah dapur dan macam2 lagi la...gunung aku masa 2 diberi tugas untuk mendirikan khemah...tengah syok2 dirikan khemah hujan plak turun...2 la dugaan kami pada hari pertama...nak tak nak kena gak mandi hujan untuk siap kan khemah...kalau tak nak tidur macam mana malam nanti kan...erm...selepas semua kerja selesai...kami bersiap untuk solat berjemaah di khemah pusat...kami bersiap ala kadar sahaja pada masa itu kerana kami tidak dibenarkan mandi...lepas solat...kami diberkan makan malam...setiap kumpulan diberi 2 dulang makanan dan perlu berkongsi makanan tersebut...masa makan dalam dulang tu aku tak de la kekok sangat...sebab aku pernah makan macam tu masa join tablik kat surau taman aku dulu...hehee...itu sahaja aktiviti menarik pada hari pertama...ikuti cerita aku pada hari ke-2 di chenderoh...wsalam...


                                                 
                                 peserta di khemah A shape

                                                                                     
                                                                                       khemah A shape untuk peserta lelaki

Tuesday, February 22, 2011

28 januari

Assalamualaikum...tentu anda tertanya-tanya knapa tajuk post nie '28 januari'...apa pulak yang aku buat pada tarikh ini...haa...nie lah yang ak nak ceritakan...sebenarnya tarikh nie la bermulanya kem outdoor recreation aku...sbelom tu aku nak cerita serba sedikit tentang kem aku nie... kem aku berlangsung pada 28 januari hingga 5 februari...bertempat di Tasik Chenderoh, Perak...kem aku pada kali ini agak special cikit...sebab menggabungkan kem amali perkhemahan asas dan amali perkhemahan akhir dalam satu kem...berbanding senior aku pd sem2 lepas...dieorang kena pergi 2 kem...kem nie disertai oleh pelajar-pelajar dari SHAH ALAM, JENGKA, SHAHPUTRA dan INSTEDT...jumlah semua peserta kem ini kalau x silap aku seramai 225 peserta...ok cukup pasal info kem...aku nak ceritakan apa yang aku wat pada tarikh nie...pada pukul 3 petang aku dan member2 dari kampus shah alam berkumpul di kolej kenanga...pada masa itu peserta2 dari kampus lain masih belum sampai...lepas berkumpul kami melakukan kerja2 yang masih belom selesai..kami mengangkat kayak, segala peralatan yang hendak dibawa ke chenderoh masuk ke dalam lori...sampai lewat petang jugak lah kami wat kerja 2...selesai kerja, kami g bersiap untuk majlis perasmian pada malam hari nya...                    













                                                                                                                                                                                                                          


pada malam nya...kami semua berkumpul di dataran kolej kenanga untuk majlis perasmian...majlis pada malam itu dirasmikan oleh dekan fakulti sains sukan dan rekreasi, Prof. Madya Dr. Mohd Hanafiah Abidin...selesai majlis...semua peserta diarahkan berkumpul mengikut kumpulan yang ditetapkan...aku, azam, beng, syazwan, anas, wan, epy,wani, tina dan aimi bersatu dalam satu kumpulan yang diberi nama "Gunung Siku".  pada malam itu kami berkenalan antara satu sama lain...tak susah nak berkenalan ngan group aku nie...sebab semuanya sporting...biasalah bdak sport rek kn...lepas berkenalan...kami semua dibenarkan tidur...haa...nak dijadikan cerita, malam 2 hujan plak...jadi peserta lelaki yg sepatotnya tidur di dataran kenanga terpaksa tidur bersepah di kaki 5 pjabat kolej...sekian...



               
               ucapan daripada dekan fakulti sains sukan dan rekreasi

Thursday, February 17, 2011

about kayak...

                      Brief History
  • As transportation for eskimo(Inuit)
  • Father of kayak (John MacGregor)
  • 1865- MacGregor invented kayak, "Rob Roy"
  • 1866- first club established in Twickebham, England.
  • 1936- kayak finally being introduced in Olympic, Berlin.
  • Early 60's, many types of skill were introduced such as kayak polo, surfing and rodeo.
                                                           
                     Types of kayak
                    *  Ottersport (U)
                    *  Slalom (O)
                    *  Mandesta (V)

          Comparison: While Water Kayak and Sea Kayak.





anatomy of Kayak & paddle


paddle



       Shapes of paddle
  • feathered
  • unfeathered
  • asymmetric
  • square-ended
  • wing
  • spooned
  • dihedral


Types of paddling
  • Forward Paddling
  • Backward Paddling
  • Sweep paddling

 KAYAKING SAFETY TIPS
  • Never boat alone (at least 3 boats)
  • know how to swim
  • know your ability
  • wear your life jackets
  • wear your appropriate clothing
  • know the river
  • Always kneel. Kneeling lowers the centre of gravity
  • learn and practice proper techniques under complete supervision